Tuesday 6 September 2011

berDOSAkahhh bertakbir?????????


Cukup terkejut dengan statement dalam harakah daily yg menggelarkan “JAHIL TUKIR” kpada Menteri MITI, dato’ Pa apabila bertakbir pada raya ke-3 sempena majlis hari raya dan majlis kesyukuran bertempat dirumah YB di Darul Falah.

Usah terlalu bangga diri la bai. Kalo ko igt ilmu ko dah ckup penuh didada, ko silap r, sbb ilmu Allah swt ckup byk sehinggakan habis air laut digunakan utk menulis ilmu Allah xakan cukup!

So, ko xrasa bersalah ke menghina orang yang bertakbir sebegitu rupa. Haisshh, susah kalo dah mengangkat diri sendiri sbg ulama’ tapi hakikatnya mmg xlayak langsung!

Bukankah dengan menyebut nama Allah itu mndapat ganjaran pahala..??

Adakah dengan menyokong komunis itu martabatnya lebih hebat dari mnyebut nama Allah??????

Pkir la btol2x wahai manusia2x … insan hamba Allah.

Tidak berdosakan seseorang itu dengan menggelarkan sahabat seagama sebagai “jahil tukir”..???

SR: jgn jadi bengomm~!!

Monday 5 September 2011

aiiyyyaaa~!! masa belajar tiDo dalam kelas, dah tua buat SEJARAH sendiri!

PONTIAN 3 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu perlu belajar semula sejarah dan perkara sama patut dilakukan oleh para penyokong yang menyebelahi beliau dalam isu mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan Mohamad itu cukup serius kerana dia menolak sama sekali pandangan pakar-pakar sejarah dan keterangan daripada ahli keluarga anggota polis yang terbunuh.
‘‘Hakikatnya komunis bukan sahaja membunuh orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India yang tidak menyokong mereka.
‘‘Rakyat Malaysia yang waras tentu mengetahui siapa anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, siapa Mat Indera serta bagaimana serangan itu dirancang,’’ katanya pada majlis Jalinan Mesra Lebaran dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian di Dewan Orang Ramai Pekan Benut di sini, hari ini.
Menurutnya, mereka yang terbunuh termasuk yang dibakar hidup-hidup hanya mempertahankan balai tersebut daripada serangan komunis.
‘‘Bagaimana komunis yang membunuh, mereka pula dianggap sebagai hero sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keengganan Mat Sabu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong sebagaimana yang diminta oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyamakan kepimpinan Pas dan PKR yang menyokong kenyataan Mat Sabu sebagai bukan sahaja buta sejarah malah ingin mengubah sejarah yang sudah tercatat.

Monday 1 August 2011

Duit Raya 42.6 Juta MYR???WooOOWww!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta,” katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya.

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan. - Bernama

SR: bersyukurnya dapat PM yang begitu pemurah dan amat mengambil berat tentang rakyatnya.

Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Dikesempatan ini SR ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin di Malaysia terutamanya. semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari sebelumnya. semoga mendapat barakah dariNya.
ampun dan maaf dipinta atas segala kekhilafan tersilap kata bicara:)

terima kasih kepada yang mendoakan SR dan menghantar SMS ramadhan kepada SR.

SR doakan semoga kalian semua mendapat keredhaan dan kemanisan iman dalam menjalani ibadat puasa tahun ini.

"anak ketam belajar berjalan, matanya tanggal digigit lipan, selamat datang bulan Ramadhan, selamat tinggal hantu dan syaitan"


ucapan ramadhan DS Najib PM Malaysia!

SR: JgN tgGal Pose TAU!!hehe.

Wednesday 27 July 2011

DS Najib Diserang???????

Keperihatinan DS dalam merasai kehidupan rakyat dan kerelaan DS berjumpa dengan rakyat, turun padang semalam telah diserang oleh balaci pembangkang yang ingin mnmbahkan propaganda dan isu dalam negara. senang nak wat video dan belasah kerajaan lagi kan?
DS menghadiri program kibar jalur gemilang di KL Sentral semalam diserang yang kononnya untuk memberi surat kepada DS.
kalo nak beri surat sekalipun, ikut la procedure, kita ada cara, protokol! ikut saluran yang betul. ni la yang dapat dari BERSHIT! semua nak jalan mudah. ada jalan yang betol xnk ikut!
dah la cakap ngn polis ayat skema! cam hafal skrip!huhuhuhu..



SR: dah2x la wat kecohh nyer... menyusahkan orang la..kecik2x xnk mam!!

1Malaysia. "Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan"


Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui apa itu gagasan 1Malaysia. Kajian telah dibuat dan mendapati adapun yang mengetahui tentang 1Malaysia ini adalah namanya sahaja.
Atas dasar itu, disini ingin menerangkan apa itu gagasan 1Malaysia.

"Gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai - nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia"

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita harus faham apa yang dimaksudkan gagasan 1Malaysia ini. Jangan sesekali membuat andaian sendiri yang juga bakal merugikan diri kita sendiri. sesungguhnya gagasan yang telah dibuat oleh Pucuk Pimpinan kita amatlah hebat dan merangkumi kesemua aspek kehidupan di negara kita ini.

nantikan penerangan seterusnya........:)

Sunday 24 July 2011

KEMATIAN TEOH BENG HOCK: kenapa Suruhanjaya Diraja dipertikai???

ak cukup geram apabila ada segelintir individu yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan dan kebodohan yang dilakukan. usah disembunyikan tangan yang membaling batu kerana kebenaran akan terserlah.
yang terang lagikan bersuluh, kalau dah bnda salah tu salah la juga, usah ditegakkan benang yang basah merugikan diri sendiri sahaja. mereka yang tidak dapat menerima kes kematian bunuh diri TBH boleh dikatakan memperlekehkan konsep penubuhan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes tersebut.
penubuhan suruhanjaya ini merupakan desakan orang ramai dan pelaksanaanya mengikut lunas - lunas undang - undang dan perlembagaan negara. tiada penipuan dan tiada keraguan yang perlu disangsi.
setuju atau tidak merea yang hanya percya sesuatu apabila hanya berpihak kepada mereka dan menentangnya apabila kemenangan tidak dipihak mereka tidak memberi penghormatan atas penubuhan suruhanjaya???