Saturday 23 July 2011

Pilihanraya Guna Biometrik

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.

"Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan pilihan raya yang adil, tak mahu pakai dakwat, kita tak pakai dakwat dan kita setuju supaya SPR gunakan sistem biometrik pada masa akan datang.

"Apabila hendak undi, cap sahaja jari pada pengimbas (scanner), kalau nama betul dengan Mykad, baru undi," katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Najib berkata, langkah tersebut membuktikan kerajaan mahu memastikan sistem yang dilaksanakan dalam pilihan raya di negara ini merupakan yang terbaik.

"Sistem ini (biometrik) yang terbaik di dunia, tak ada negara lain yang menggunakannya walaupun negara maju," tambah beliau.

Sebelum itu, Perdana Menteri meminta rakyat negara ini tidak terpesong atau merasa gusar dengan pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh apabila membangkitkan pelbagai isu seolah-olah terdapat banyak perkara yang tidak kena dalam pentadbiran negara.

"Ada pihak dakwa kononnya pilihan raya negara kita tak telus, ada juga yang menyerang institusi seperti kehakiman, polis dan institusi lain.

"Tetapi hakikatnya, Malaysia tak mungkin dianggap sebagai negara contoh dan menjadi model kalau kita tak tadbir dengan betul, adil dan bertimbang rasa," tegas beliau.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan peruntukan RM1.875 juta daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad untuk membina dan membaik pulih 375 buah rumah dalam 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis kepada Menteri Besar.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr. Hamid Pawanteh.


sumber daripada Utusan Melayu. oleh:ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

3 comments:

  1. Salam perjuangan, bro font rasanya kena ubah la..sebab pembaca susah nak baca...ada dua saja kemungkinan, sama ada dia cuba baca atau dia xkan baca...sekadar perkongsian..boleh lawat blog saya di hari ini dalam sejarah dan cheritera seribu satu malam..

    ReplyDelete
  2. ok...dah tukar. rasanya dah ok kot..?

    ReplyDelete
  3. thanks 4 ur advice~!really appreciate dude.

    ReplyDelete