Tuesday, 6 September 2011

berDOSAkahhh bertakbir?????????


Cukup terkejut dengan statement dalam harakah daily yg menggelarkan “JAHIL TUKIR” kpada Menteri MITI, dato’ Pa apabila bertakbir pada raya ke-3 sempena majlis hari raya dan majlis kesyukuran bertempat dirumah YB di Darul Falah.

Usah terlalu bangga diri la bai. Kalo ko igt ilmu ko dah ckup penuh didada, ko silap r, sbb ilmu Allah swt ckup byk sehinggakan habis air laut digunakan utk menulis ilmu Allah xakan cukup!

So, ko xrasa bersalah ke menghina orang yang bertakbir sebegitu rupa. Haisshh, susah kalo dah mengangkat diri sendiri sbg ulama’ tapi hakikatnya mmg xlayak langsung!

Bukankah dengan menyebut nama Allah itu mndapat ganjaran pahala..??

Adakah dengan menyokong komunis itu martabatnya lebih hebat dari mnyebut nama Allah??????

Pkir la btol2x wahai manusia2x … insan hamba Allah.

Tidak berdosakan seseorang itu dengan menggelarkan sahabat seagama sebagai “jahil tukir”..???

SR: jgn jadi bengomm~!!

Monday, 5 September 2011

aiiyyyaaa~!! masa belajar tiDo dalam kelas, dah tua buat SEJARAH sendiri!

PONTIAN 3 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu perlu belajar semula sejarah dan perkara sama patut dilakukan oleh para penyokong yang menyebelahi beliau dalam isu mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan Mohamad itu cukup serius kerana dia menolak sama sekali pandangan pakar-pakar sejarah dan keterangan daripada ahli keluarga anggota polis yang terbunuh.
‘‘Hakikatnya komunis bukan sahaja membunuh orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India yang tidak menyokong mereka.
‘‘Rakyat Malaysia yang waras tentu mengetahui siapa anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, siapa Mat Indera serta bagaimana serangan itu dirancang,’’ katanya pada majlis Jalinan Mesra Lebaran dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian di Dewan Orang Ramai Pekan Benut di sini, hari ini.
Menurutnya, mereka yang terbunuh termasuk yang dibakar hidup-hidup hanya mempertahankan balai tersebut daripada serangan komunis.
‘‘Bagaimana komunis yang membunuh, mereka pula dianggap sebagai hero sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keengganan Mat Sabu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong sebagaimana yang diminta oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyamakan kepimpinan Pas dan PKR yang menyokong kenyataan Mat Sabu sebagai bukan sahaja buta sejarah malah ingin mengubah sejarah yang sudah tercatat.